Julia Perez Meninggal Dunia

Artis Indonesia, Julia Perez atau dikenali sebagai Jupe dilaporkan telah meninggal dunia. Julia menghidap kanser servik.

Media sosial di negara berkenaan telah memetik maklumat yang diberikan oleh adiknya, Nia Anggia mengenai kakaknya itu.

“Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez,” katanya.

“Minta doanya ya semua , terimakasih semu atas supportnya selama ini. I LOVE YOU YULI,” demikian tulis Nia dalam komennya di Instagramnya.

Jumaat lalu Julia menjalani pembedahan di bahagian perut dan dimasukkan ke Unit Rawtaan Rapi (ICU) sehingga Sabtu pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.