FGV Jawab Tuduhan Zakaria

KUALA LUMPUR – Cadangan pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS), sebuah syarikat nano karbon, tidak pernah dibentangkan kepada lembaga.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga FGV, Datuk Omar Salim berkata FGV CNS juga tidak pernah mengalami kerugian RM117 juta seperti yang didakwa.

Dalam kenyataannya, Omar memaklumkan kerugian yang dicatatkan syarikat itu dari 2014 hingga April 2017 adalah RM27.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda (FGV) Datuk Zakaria Arshad sebelum ini menyatakan beliau cuba menghalang pelaburan bernilai ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Perancangan untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan kilang krimer juga tidak pernah mendapat kelulusan jawatankuasa pelaburan berikutan nilai pertumbuhan kerjasama berkenaan.

FGV mengambil alih FGV CNS pada Disember 2013. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.