Adik Maut Kena Tembakan Abang Ketika Memburu Babi

RANAU — Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan abangnya sewaktu memburu babi hutan di kawasan hutan dekat sini, pagi semalam.

Ilysie Saim, 18, cedera teruk di dada dan paha kiri terkena tembakan senjata api bakakuk buatan sendiri milik abangnya, lapor Kosmo!.

Ketua polis Ranau berkata anjing mereka pada mulanya menyalak selepas 30 minit dua beradik itu yang berburu, pada jam 5 pagi, di hutan di Kampung Taba Nunuk.

DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata selepas salakan itu, seekor babi melintas dan kemudiannya suspek melepaskan tembakan.

“Namun suspek terkejut apabila terdengar suara adiknya meminta tolong dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

“Suspek terus mendukung mangsa ke rumah mereka sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suspek ditahan dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Syeksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.