31 Maut Dalam Letupan Bunuh Diri Di Iraq

HILLA – Sekurang-kurangnya 31 orang maut manakala 35 lagi cedera selepas seorang pengebom wanita nekad meletupkan diri di sebuah pasar yang sibuk di bandar Musayab, kira-kira 80 kilometer dari Baghdad, malam tadi.

Kumpulan militan Daesh mengakui menjadi dalang serangan berdarah itu dan satu lagi di stesen bas utama di Kerbala, di bahagian barat Musayab yang membunuh tiga orang dan mencederakan 15 lagi.

Seorang pegawai keselamatan berkata, pengebom di Musayab adalah seorang wanita tetapi kenyataan daripada Daesh menyebut kedua-dua pengebom di dua tempat berbeza itu adalah lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.