Pemandu Lori Tukar Pengakuan Tak Bersalah Sebabkan Kematian 5 Sekeluarga

KUALA BERANG – Seorang pemandu lori menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, kerana menyebabkan lima kematian dalam kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Ajil-Bukit Besi.

 

Pada prosiding sebelum ini di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Fazly Othman, 35, dari Labis, Johor, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

 

Fazly didakwa memandu secara berbahaya dan melanggar kereta Kia Spectra sehingga menyebabkan kematian pemandu dan empat penumpang dalam kemalangan di Lot Ajil-Bukit Besi, Hulu Terengganu, 4.30 petang pada 24 Mei lalu.

 

Akibat kemalangan itu, pemandunya, Ahmad Razi Harun, 53; Dayang Suhana Mohd Nawi, 23; Umar Rayyan Suhaimi,6; Nur Damia Irdiha Rosailan, 1; dan Hafshah Wangai,56, terbunuh.

 

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.