Lelaki Jalani Pembedahan Buang 420 Batu Karang

BEIJING – Gara-gara gemar makan tauhu dan minum hanya sedikit air pada setiap hari, seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan membuang sebanyak 420 butir batu karang dari badannya pada minggu lalu.

 

Portal People’s Daily melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai He, 55, itu, menjalani pembedahan di sebuah hospital di wilayah Zhejiang, timur China selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.

 

Pemeriksaan awal mendapati, buah pinggang He penuh dengan batu karang, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan segera kerana bimbang organnya itu terpaksa dibuang akibat kekurangan air.

 

Pakar bedah yang merawat He, Wei berkata, dia terkejut melihat jumlah batu karang yang dikeluarkan dari buah pinggang pesakitnya itu.

 

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Pembedahan memakan masa dua jam dan 45 minit untuk mengeluarkan semua batu karang terbabit.

 

“Apabila pembedahan selesai, tangan dan kaki saya lenguh. Dulang yang digunakan juga dipenuhi dengan 420 butir batu kecil,” katanya.

 

Menurut Wei, batu karang itu berkumpul berikutan tabiat He yang gemarkan makanan berasaskan soya terutamanya tauhu.

 

Jelasnya, produk berasaskan soya buatan penduduk di Dongyang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan mudah menyebabkan batu karang. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.