Khabar Angin Gempa Bumi, Tsunami Di Pahang Palsu – METMalaysia

KUALA LUMPUR – Khabar angin dan mesej dari media sosial yang tersebar mendakwa negeri Pahang akan dilanda gempa bumi dan tsunami dalam tempoh 36 jam disahkan palsu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

 

Melalui kenyataan rasminya pada Rabu, MET Malaysia menafikan khabar angin mengenai perkara itu yang dipercayai disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

“Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang dalam tempoh masa 36 jam seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali,” kata kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut.

 

METMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang amaran yang tersebar di media sosial sebaliknya merujuk di laman rasminya yang boleh dicapai melalui http://www.met.gov.my atau facebook https://www.facebook.com/malaysiamet.

 

Selain itu pengesahan atau pertanyaan juga boleh diajukan melalui twitter https://twitter.com/malaysianmet atau hotline MetMalaysia di talian 1300 22 1MET (1638).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.