Ibu Cristiano Ronaldo Ditahan Polis

MADRID – Ibu kepada pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo ditahan oleh pihak polis di Lapangan Terbang Barajas, Madrid kerana dipercayai membawa sejumlah besar wang tunai.

 

Menurut laporan Dailymail, ibunya Dolores Aveiro ditahan selepas pihak polis mendapati sebuah bagasi yang dipegang olehnya dipenuhi wang berjumlah RM234,000 (€55,000).

 

Averio ditahan kerana membawa wang melebihi had sepatutnya di mana undang-undang menetapkan setiap pelancong hanya dibenarkan membawa keluar wang sebanyak RM42,000 (€10,000).

 

Selain itu, Aveiro juga didapati tidak mengisi boring deklarasi yang disediakan dan ditahan oleh pengawal awam lapangan terbang sebelum wang tunainya dirampas.

 

Selepas kekecohan berlaku, dia hanya dibenarkan berlepas ke Portugal dengan membawa wang berjumlah RM42,000 (€10,000) sahaja.

 

Bagaimanapun, baki wang yang dirampas hanya boleh dituntut selepas membayar saman yang berjumlah kira-kira RM191,00 (€45,000). – Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.