Umno Mahu Hudud Di Selangor, DAP Terus Bantah

Shah Alam – Selepas Kelantan, isu hudud sekarang melanda sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, Selangor, yang dipimpin PKR.

Gobind Singh, timbalan pengerusi DAP Selangor, seperti bapanya mendiang Karpal Singh, bagaimanapun berikrar tidak akan membiarkannya menjadi kenyataan.

Usaha itu kali ini tidak dicetuskan oleh PAS tetapi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sendiri dengan mengusulkan kebarangkalian melaksanakan undang-undang Islam itu.

Dalam kenyataan hari ini, Gobind berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata, kami berpandangan bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan.

Daripada salinan usul itu, ia dicadangkan bawah peraturan 26 Peraturan Tetap DUN untuk dikemukakan pada persidangan pada masa depan.

Usul yang dikemukanan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”

One thought on “Umno Mahu Hudud Di Selangor, DAP Terus Bantah

  • June 11, 2014 at 2:47 pm
    Permalink

    hai..tang hudud tau plak nak patuh perlembagaan..kikiki, ceraikan je la pas oi…hangapa nak wat hudud melayu islam suma sokong…umno tak umno nye

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.