Bertanding dalam semangat Keadilan, bukan kutuk pemimpin – Dr Sathia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Sathia Prakash Nadarajan menyeru semua calon dan anggota parti agar mengangkat nilai integriti, kesetiaan dan kematangan politik sepanjang proses pemilihan parti.

Dalam kenyataan terbuka bertajuk Tandinglah Dengan Cara Terhormat Kita Keadilan, beliau mengingatkan agar pertandingan tidak menjadi medan untuk memecah-belahkan parti atau mencemarkan nama baik kepimpinan.

“Kita tidak seharusnya memburukkan kepimpinan sendiri demi kepentingan peribadi. Kritikan membina adalah asas demokrasi dalaman, namun fitnah dan tohmahan adalah racun yang merosakkan akar perjuangan,” katanya.

Dr. Sathia menegaskan bahawa perjuangan parti dibina atas pengorbanan rakyat dan tidak boleh dikhianati oleh unsur ‘musuh dalam selimut’. Beliau turut memberi amaran bahawa tiada ruang untuk mereka yang memperalatkan parti demi agenda peribadi.

Tambah beliau, kejayaan membentuk Kerajaan Perpaduan hari ini adalah hasil perjuangan reformasi yang dipimpin Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan semangat itu tidak boleh dibiarkan terpadam dengan retorik politik sempit.

“Akar umbi adalah nadi parti. Kepimpinan wujud kerana kepercayaan mereka. Jangan khianati sokongan itu dengan tindakan yang melemahkan parti,” tegasnya.

Dr. Sathia menyambut baik proses pertandingan jawatan dalam parti sebagai tanda kematangan demokrasi, namun menekankan agar ia berlangsung secara adil dan beretika.

Beliau turut menegur budaya mencari salah kepimpinan tanpa menghargai jasa mereka, dan menyeru agar ahli parti tidak melupakan asal-usul perjuangan yang membina nama PKR hari ini.

“Kita perlukan keberanian dan ketelusan dalam perjuangan, bukan kelicikan dan tikaman dari belakang,” katanya.

Mengakhiri kenyataannya, Dr. Sathia menegaskan bahawa beliau menawarkan diri bukan atas keinginan jawatan, tetapi atas dasar tanggungjawab untuk berkhidmat.

“Tandinglah dengan cara yang terhormat, kerana rakyat sedang memerhati siapa yang ikhlas berjuang, dan siapa yang hanya mengejar kemenangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat