BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Barisan Nasional (BN) Kedah menerima dan menghormati keputusan yang diambil rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 semalam.

“Bagi kami, sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini perlu terus dijunjung bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran tanah air terus terjaga.

“Sepanjang diberi ruang mentadbir negeri, kami telah menjalankan amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan bumi jelapang padi ini dipelihara,”tulisnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berharap agar negeri Kedah dan Malaysia tercinta terus maju serta terpelihara kedaulatan negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.