Polis Cari Lelaki Tikam, Tukul Kekasih

BRISBANE – AUSTRALIA. Polis mencari seorang lelaki warganegara Singapura yang didakwa memukul kepala bekas teman wanitanya dengan tukul dan menikam mangsa bertubi-tubi.

Menurut Channel News Asia, kejadian berlaku 9.30 malam semalam di sebuah rumah sewa di Norman Park, Brisbane.

Mangsa yang dibawa ke hospital Princess Alexandra dirawat kerana retak di bahagian tengkorak dan luka tikaman di bahagian atas badan.

Suspek berusia 30 tahun dan tidak dinamakan tersebut dirakam oleh CCTV ketika melarikan diri dari lokasi kejadian, lapor Sinar.

Inspektor Polis, Steve Flori memberitahu ABC Radio, suspek dipercayai tidak membawa pasport atau dompet dan tiada akses kepada sebarang sumber kewangan.

Laporan ABC Radio mengatakan suspek menjalinkan hubungan dengan mangsa yang tinggal di Queendsland.

“Siasatan kami mendapati suspek pernah berada di Queendsland sebelum ini,” kata Steve.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.