Veteran Akan Gerakkan 800 Ribu Ahli

Kuala Lumpur – Golongan veteran yang meliputi 800,000 ahli UMNO akan digerakkan dalam mendepani demografi baharu politik di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, golongan itu yang merangkumi 40 peratus daripada kekuatan parti akan berperanan sebagai harakah perjuangan yang berkesan.

Kata beliau, peranan itu bagi menggamit sokongan daripada 3.2 juta pengundi baharu menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar veteran jangan hanya bernostalgia, kecil hati dan merajuk. Bukan UMNO bela kita tetapi kita yang bela UMNO.

“Peranan veteran juga perlu relevan bersama-sama dengan kepimpinan akar umbi dan Pusat untuk mengubah minda golongan sasaran yang telah berubah terutama berhubung persepsi,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Veteran UMNO Ke-6 hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.