Terima Isyarat Amaran : Pesawat Singapura Berpatah Balik

Changi – Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Hong Kong berpatah balik dan terpaksa diganti selepas menerima isyarat amaran berkaitan pintu kargo.

Akhbar tempatan, The Straits Times (ST) melaporkan Penerbangan SQ866, sebuah pesawat superjumbo Airbus A380 sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Hong Kong apabila lampu amaran berkaitan pintu kargo, diterima.

“Maka juruterbang memutuskan untuk berpatah balik ke Singapura,” ST melaporkan dengan memetik seorang jurucakap SIA pada Jumaat.

Jurucakap itu berkata pintu kargo pesawat itu bagaimanapun, didapati tertutup ketika pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Changi pada 2.20 petang, waktu tempatan.

Tiada seorangpun cedera dan siasatan kenapa penggera telah dihidupkan sedang dijalankan.

Sebuah pesawat gantian dengan kru yang sama berlepas pada 5.18 petang dan dijangka tiba di Hong Kong pada 8.40 malam, lebih tiga jam setengah lewat daripada jadual waktu ketibaan asal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.