Noh Salleh Tiada Niat Tinggalkan Hujan

Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh tidak akan meninggalkan kumpulannya itu meskipun ketika ini memilih untuk muncul secara solo dengan sebuah kumpulan lain iaitu Da Vagabonds.

Bercakap kepada sebuah portal, Noh, 29, berkata, walaupun pernah terdapat pertelingkahan dalam Hujan, namun dia sudah menganggap ahli-ahli kumpulan itu yang dianggotai Am, AG Coco, Dimas dan Izzat seperti adik-beradiknya sendiri.

“Kami sudah 10 tahun bersama dan tak mungkin saya akan keluar daripada Hujan. Mereka sudah sebati dengan saya.
Tak kiralah saya mempunyai 10 kumpulan lain, saya tetap akan setia bersama Hujan,” katanya.

Noh bersama ahli kumpulan Da Vagabonds pada majlis pelancaran runut bunyi filem CEO berjudul ‘Serahkan Segalanya’ di Hard Rock Café di sini pada Jumaat.

Kata Noh, lagi tersebut dihasilkan pada tahun lalu dan dia gembira ia digunakan sebagai lagu tema filem tersebut.

CEO yang dibintangi Beto Kusyairi, Remy Ishak dan Cristina Suzanne bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 Jun depan.

Selain itu, Noh berkata dia juga bakal muncul dengan sebuah album solo pada Jun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.