Nekad Bunuh Diri, Warga Emas Nekad Tikam Guting Di Kepala Sendiri

China – Seorang wanita warga emas yang menghidap kanser paru-paru tekad menikam kepalanya dengan gunting bertujuan untuk membunuh diri.

Tujuannya hanya satu, tidak mahu anak perempuannya menanggung beban kewangan bagi memelihara dan mengubati penyakitnya itu.

Namun keadaan sebaliknya berlaku. Proses membunuh dirinya itu tidak berjaya selepas dia berjaya diselamatkan oleh doktor.

Nekad Bunuh Diri 2

Bagaimanapun tindakannya itu bukan mengurangkan beban kewangan anak perempuannya, malah menambahkan lagi hutangnya anaknya.

Apa tidaknya, kos pembedahan bagi membuang gunting tersebut menelan perbelanjaan sebanyak RM163,000.

Wanita warga emas yang tidak didedahkan identiti itu berasal dari Shenyang dan disahkan menghidap kanser paru-paru sejak setahun setengah lalu.

Satu hari, ketika dia berseorangan di rumah, wanita itu telah menikam gunting di kepalanya. Gunting itu telah tertusuk seinci ke dalam tengkoraknya.

Gunting itu berjaya dibuang selepas pembedahan selama beberapa jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.