China Penjara 5 ‘Penghasut’ Muslim

Urumqi – Lima penduduk Islam di wilayah autonomi Xinjiang dihukum penjara kerana “menghasut” orang ramai dan mengancam keselamatan negara, lapor agensi berita Xinjiang semalam.

Sumber mahkamah berkata, hukuman penjara itu ditetapkan antara tujuh dan 15 tahun.

Katanya, perbicaraan dijalankan di wilayah Kashagar.

“Tertuduh didapati menggunakan peralatan elektronik untuk menyebar bahan video dan audio bagi menghasut menyertai aktiviti pemisah.

“Mereka juga membuka laman sesawang untuk menyebarkan aktiviti keagamaan melampau di kalangan kanak-kanak dan belia,” katanya.

Tuduhan lain yang dikenakan, kata sumber itu, ialah mengadakan syarahan untuk menanam kebencian etnik serta merancang jenayah.

Daerah Hotan, Kashgar dan Aksu di Xinjiang adalah kawasan banyak didiami penduduk Uighur yang beragama Islam. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.