Budak Kecil, Jiwa Besar

Kuala Berang – Meskipun cacat kaki dan tangan, namun semangat Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, yang sudah empat bulan bergelar murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT), dekat sini, tidak pernah luntur sebaliknya dia semakin bersemangat menuntut ilmu.

Ternyata kanak-kanak istimewa itu tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk belajar seperti rakannya yang normal di sekolah berkenaan biarpun terpaksa menggunakan kerusi dan meja khas.

Budak kecil berjiwa besar 1

Ibunya Rosnaini Mohamad, 35, berkata, dia gembira apabila melihat Nur Damia Irsalina semakin ceria dan bersemangat ke sekolah, malah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pembelajaran.

“Ramai guru memuji Damia cepat belajar dan sentiasa bersemangat di sebalik kekurangan dirinya, malah rakan sekelas yang sentiasa memberi dorongan menguatkan lagi tekadnya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Dia juga suka berdikari dan menolak dengan baik apabila ada guru atau rakan hendak membantu menolak kerusi rodanya ke kantin pada waktu rehat, sebaliknya dia mahu berusaha sendiri,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.