Adun DAP Cadang Bela Maknyah, NGO Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur – Majlis Jalinan Muafakat Malaysia (MJMM) membuat laporan polis terhadap ADUN Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Che yang membuat cadangan penubuhan jawatankuasa transgender untuk membela golongan maknyah.

Pengerusi MJMM Abd Rani Kulup Abdullah berkata cadangan penubuhan jawatankuasa yang disebut beliau sebagai jawatankuasa ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT) itu boleh menghancurkan keharmonian negara ini.

Menurutnya, DAP sebagai sebuah parti politik, tidak patut menyokong kegiatan ‘tidak bermoral’ dan golongan yang didakwanya mengamalkan ‘seks bebas’ di negara ini.

“Kegiatan yang tidak bermoral tak seharusnya disokong oleh parti politik.

“Kita tengok pihak parti politik seolah merestui perkara ini,” kata Abd Rani kepada kiniTV selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng semalam mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa cadangan Teh telah ditarik balik.

Menurut Lim, ia ekoran ADUN lain meminta beliau menarik usul tersebut ekoran tiada penyokong usul berkenaan.

Lim berkata, ia dibuat atas permintaan ADUN dan ahli Parlimen DAP Pulau Pinang dalam satu mesyuarat di Komtar.

Teh sebelum ini mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Beliau turut pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak.

One thought on “Adun DAP Cadang Bela Maknyah, NGO Buat Laporan Polis

  • May 10, 2014 at 11:52 pm
    Permalink

    perkara ini hanya satu cadangan bukan buat lagi..lagi pun usul ini tidak mendapat sokongan…tetapi ada lojiknya cadangan YB ini…bersetuju bukan bermaksud kita menyokong ‘LGBT’…golongan ‘makngah’ ini pun sebahagian dari masyarakat kita dan perlu diberi perhatian untuk membantu masaalah mereka…patut diberi kaunseling didikan dan ilmu kemahiran untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih baik…jika kita abaikan tanggungjawab dan menyisih mereka dari masyarakat akhirnya hidup mereka akan menjadi terabai dan terlibat dengan amalan yang tidak sihat…sepatutnya sebagai orang Islam kita perlu bersikap prihatin pada permasaalahan sosial masyarakat jangan sekadar terus menghukum sedangkan kita sendiri gagal bertindak dalam memberi bimbingan soal agama dan moral pada golongan ini termasuk keluarga yang menghadapi masaalah ini…kita perlu menunjukan sikap yang bolih memberi keyakinan pada orang lain tentang Islam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.