Penamaan calon PRK Dun Ayer Kuning Sabtu, 12 April 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh hari penamaan calon PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak, pada 12 April 2025 (Sabtu).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan dari pukul 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Merdeka Tapah, Perak oleh pihak calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

Katanya, SPR menyarankan kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum hari penamaan calon serta membuat pembayaran deposit lebih awal.

“Resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.

“Manakala bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat
penyerahan kertas penamaan calon.

“Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini termasuklah penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan dan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan pada hari penamaan calon yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta 5,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat