KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan meneruskan naratif Nenggiri dan Mahkota di mana ia boleh diterima semula oleh rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, Ayer Kuning medan seterusnya BN-PH berpeluang menguatkan keserasian selepas Mahkota.
Tegas Puad, kalau itu berlaku naratif No Anwar No DAP semakin tidak relevan untuk PRU-16.
“BN membuktikan ia parti yang serius dan teliti kerana mempertaruhkan Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon PRK Ayer Kuning.
“BN meneruskan naratif Nenggiri dan Mahkota iaitu ia boleh diterima semula oleh rakyat.
“Sewajarnya pengundi Ayer Kuning pilih Dr Yusri. Ini kerana beliau calon parti Kerajaan Perpaduan di Perak. Lebih efektif jika dia terpilih. Isu tempatan lebih mudah diselesaikan,” kata Puad.