Katanya, dia tidak menafikan ada sedikit rasa tergugat disebabkan perbandingan, bagaimanapun hanya mengambilnya sebagai lumrah menggantikan vokalis lama.

“Pasti ada yang membandingkan. Jujurnya, sebagai manusia pasti ada rasa, tetapi ada yang lebih besar yang harus saya perhatikan.

“Ini kerana saya adalah ‘frontman’ dan saya harus memikirkan soal itu. Saya lebih fokus dalam menyampaikan yang terbaik.

“Ini juga satu pencapaian buat saya apabila bergabung bersama Samsons. Awalnya hanya berteman, tetapi sekarang satu kumpulan. Ia menyeronokkan,” katanya.

Tambah Irfan pula, perbandingan antara vokalis baharu dan lama pastinya ada, namun perkara itu bukanlah suatu yang difokuskan.

“Ia normal. Kami melihat Samsons sebagai satu jenama yang dianggotai oleh pemuzik berjiwa seni. Samsons tidak hanya fokus pada vokalis,

sebaliknya semua mempunyai bahagian yang sama dalam Samsons.

“Adrian juga dikenali sebagai komposer baik di Indonesia. Dia boleh menyanyi dengan baik dan mempunyai sikap bagus. Jadi, konsert ini juga menjadi platform untuk kami memperkenalkan Adrian sebagai anggota keluarga baharu kami,” katanya.

Bams berundur dari kumpulan itu pada 2011 berikutan arah dan tuju yang berbeza dalam muzik.

Dan ditanya sama ada Bams memilih untuk keluar dari kumpulan berikutan masalah kesihatan, Irfan menidakkan.

Katanya, arah tuju dalam aliran seni sudah berbeza.

“Kami mempunyai arah tuju berbeza dalam muzik. Bams lebih kepada muzik keagamaan dan selesa menyanyikan lagu ‘gospel’.

“Jadi, kami berpisah pada 2011, tetapi kami masih lagi berkawan baik dengan Bams. Kemudiannya, kami bergabung dengan Aria Dinata tetapi dia mengundurkan diri. Lantas, 2021 menjadi permulaan baharu kami bersama Adrian,” katanya.

Selesai sahaja konsert itu, Samsons bakal tampil dengan single baharu pada Mei depan.

Menurut Irfan, single itu akan kedengaran lebih segar kerana ia mengetengahkan bunyian yang mereka tak pernah lakukan sebelum ini.

Kali terakhir Samsons melancarkan album V pada 202, bertepatan dengan kemunculan album kelima. Album V bukan calang-calang album kerana terdapat pembabitan puluhan pemuzik daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Berita Harian