Kenapa Mahathir Tidak Serahkan Bukti?

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengemukakan satu hujah untuk menyatakan bahawa pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad tidak terlibat dengan kronisme hanya kerana pejabatnya tidak diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ujar Syed Saddiq, jika tidak sudah lama SPRM akan menyerbu pejabat Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya jika terbukti Mahathir terlibat mencuri dan merompak harta wang rakyat dan mengayakan anak-anaknya.

Adakah semua dokumen disimpan dalam pejabatnya? Habis, macam mana dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pula?.

Mungkin Syed Saddiq terlupa, pejabat Najib juga tidak pernah diserbu namun tuduhan Mahathir terhadap Najib, seolah-olah beliau melakukan kesalahan yang amat dahsyat.

Mahathir langsung tidak kemukakan bukti. Jika Mahathir mempunyai bukti, sudah pasti awal-awal lagi beliau telah menyerahkannya kepada SPRM.

Namun bagi Mahathir, syak wasangka sahaja sudah cukup, tidak perlu sebarang bukti untuk menuduh Najib.

Dan tuduhan itulah yang diulangi sejak 2015 semata-mata untuk menyingkirkan Najib Razak walaupun Mahathir tidak menjawab mengenai kekayaan anak-anaknya itu.

Dan ketika Mahathir serta sekutunya menuduh Najib dengan pelbagai tuduhan palsu, bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw berpegang pada kenyataan beliau bahawa laporan badan itu terhadap syarikat 1MDB tidak membabitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Itu pandangan saya berdasarkan laporan PAC mengenai 1MDB. Saya berpendapat kamu perlu kemukakan bukti untuk kami mengaitkan pembabitan seseorang.

“Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan (tuduhan) itu palsu,” beliau memberitahu Malaysiakini.

Dr Tan, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepong selepas DAP menggugurkan namanya dan digantikan dengan Lim Lip Eng.

Namun ramai tahu pengguguran itu ada kaitan dengan kenyataannya yang tidak sebulu dengan pemimpin lain dalam DAP. Malah Dr. Tan mempertahankan bahawa Najib tidak bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.