Ular Tedung Sembunyi Dalam Enjin

TANJUNG MALIM – Seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira enam meter yang bersembunyi dalam ruangan enjin sebuah kereta Perodua Kancil berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Bantang, Slim River di sini.

Anggota APM Daerah Muallim, Mohamad Adhwa Abd. Razak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai perkara itu daripada pemilik kereta berkenaan pada pukul 11.06 pagi, lapor Utusan.

Katanya, dua anggota ke lokasi kejadian dan reptilia itu berjaya ditangkap kira-kira 11 minit kemudian.

“Kejadian itu disedari setelah pemilik kereta itu melihat ular tersebut masuk ke bahagian enjin keretanya. Reptilia itu dipercayai dari hutan berhampiran.

“Ketika ditangkap, ular tersebut dalam keadaan agresif,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.