“Saya Jelak Dengan Serangan” – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua pihak tidak mudah menyerah, sebaliknya terus tekad melawan ancaman keganasan berikutan insiden terbaru serangan bom ke atas gereja di Tanta dan Alexandria, Mesir.

Perdana Menteri berkata, hasrat Daesh hanyalah untuk memecahbelahkan masyarakat sama ada penganut Islam, Kristian atau agama lain, lapor BH.

“Saya begitu jelak dengan serangan pengecut di gereja di Tanta dan Alexandria. Pada masa berkabung ini (di Mesir), ingatan dan doa kami bersama keluarga mangsa yang hilang dan rakyat Mesir.

“Serangan ini adalah satu lagi peringatan kepada ancaman keganasan. Kita tidak boleh menyerah, dan setiap kekejaman perlu menguatkan tekad kita,” katanya menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

Najib berkata, serangan seumpama itu akan menyaksikan penentangan lebih kuat masyarakat dalam melawan ancaman pihak yang menolak prinsip agama dan moral serta kepercayaan bahawa “hidup tiada makna”.

Dalam insiden serangan terburuk yang pernah disasarkan ke atas minoriti Kristian Koptik di Mesir itu, sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan sekitar 60 cedera, lapor televisyen negara.

Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman dua gereja terbabit ketika jemaahnya berkumpul bersempena Palm Sunday.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.