Pesawat Tergelincir Berjaya Dialihkan, Operasi Penerbangan Dijangka Pulih Tengah Hari Ini

SIBU – Pesawat MH2718 Malaysia Airlines (MAS) yang tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini kelmarin, telah dialihkan pada pukul 6.30 petang semalam.

Ketika ini, kerja pembersihan dan baik pulih di lokasi kejadian sedang giat dijalankan.

Operasi penerbangan yang tertunda di lapangan terbang berkenaan dijangka pulih seperti biasa selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari ini.

Pesawat Boeing 737-800 yang tiba dari Kuala Lumpur itu tergelincir dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat pada 10.17 malam semalam.

Namun, kesemua 61 penumpang bersama enam anak kapal terselamat tanpa mengalami kecederaan dan berjaya dibawa keluar dari pesawat menggunakan dua rakit gelongsor. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!