Lebih 50 Maut Dalam Kebakaran Kuil Di Kerala

Lebih daripada 50 orang terkorban dalam letupan dan kebakaran di sebuah kuil di selatan India ketika orang ramai sedang berkumpul bagi menyaksikan pertunjukan bunga api, ujar Menteri Dalam Negeri Kerala, Ramesh Chennithala.

 

“Lebih daripada 50 orang telah mati, itu maklumat yang kami ada,” ujar Chennithala kepada rangkaian berita NDTV, sementara media tempatan berkata angka korban sekurang-kurangnya 60 orang.

 

Tambahnya, lebih daripada 150 orang cedera dalam insiden berkenaan.

 

Orang ramai berhimpun di kuil Hindu Puttingal Devi di bandar pesisiran pantai Paravur pada jam 3 pagi untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

 

Kebakaran dipercayai berlaku selepas letupan di bilik stor kuil yang menempatkan banyak mercun dan nunga api untuk sambutan tersebut, lapor Press Trust of India.

 

Menteri itu berkata, anggota bomba dan polis bekerja keras sepanjang kejadian untuk memadamkan api dan membantu orang yang cedera ke hospital.

 

“Situasi kini dapat dikawal, pihak polis telah bertindak di tempat kejadian,” katanya.

 

Siaran televisyen tempatan menayangkan detik-detik letupan dengan asap yang bekepul-kepul ke udara, dan rakaman mereka yang cedera sewaktu tiba di hospital.

 

Kematian akibat kebakaran dan dipijak adalah insiden yang biasa terjadi di kuil atau sewaktu sambutan keagamaan.

 

Semua itu berlaku kerana kaedah aspek kawalan lemah dan kualiti piawaian keselamatan yang rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.