Video: Penjenayah Cuba Rempuh Rumah Saya Kata Sabri Yunus

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba merempun rumah selebriti terkenal, Sabri Yunus dalam satu kejadian malam tadi, Sabtu.

 

Sabri menerusi status di akaun Facebook berkata, detik cemas itu berlaku selepas suspek tersebut mengetuk pintu rumahnya.

 

“Baru 10 minit rumah aku cuba di masuki oleh seorang lelaki.. ketuk pintu (bila) kita buka dia serbu masuk (nasib baik) sempat anak saya tolak balik.

 

“Sangat bahaya, harap kawalan keselamatan atau rondaan penguasa lebih kemas (suspek) macam orang luar (dan) bukan orang kita (kejadian berlaku) di Taman Mega Jaya Ampang,” katanya memetik kenyataan tersebut.

 

Menurut Sabri, kawalan keselamatan atau rondaan daripada pengawal keselamatan di kawasan itu perlu diperketatkan.

 

“Harap kawalan keselamatan atau rondaan penguasa lebih kemas. Macam orang luar..bukan orang kita,”katanya yang memberikan cadangan keselamatan itu di kawasan Taman Mega Jaya, Ampang.

 

 

Sabri yang juga merupakan seorang pelawak itu berkata, penjenayah tersebut kemudiannya berjaya ditangkap pihak polis setelah dikepung oleh penduduk setempat.

 

“Saya jenis tak sampai hati nak rakam penjenayah yang masuk rumah saya.

 

“Hanya rakam ambulan yang datang ambil dia (suspek).. Dia menyorok di bumbung surau, bila di kepong dia lari dan jatuh” katanya lagi yang turut memuatnaik klip video tersebut.

 

Sementara itu, sebahagian pengikutnya menasihatkan Sabri agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

 

Ore Yang Waras berkata, “Ampang tu ramai orang Indon jenis pecah rumah besar-besar. Dia orang hanya mahu wang ‘cash’. Kalau ada nampak Indon duduk dalam hutan atas-atas bukit, minta terus pergi lapor kat IPD atau IPK. Sebab dia orang tak sewa rumah. Hanya buat khemah atas bukit,”tulisnya.

 

“Nasib baik ada anak lelaki…bahaya zaman sekarang,’ tulis Myzlan Hr.

 

Sheera Hayati berkata, “Beraninya..macam-macam cara sekarang ni. Kena sentiasa berhati-hati,” ujarnya.

 

“Puak-puak Indon dah tu..mengamal kuat tu. Sebab tu berani masuk gitu je,” jelas Hirzi Al-Hamra.

 

Anip Onexox Tau Mohd Tarmidi berkata, “Kunci pintu rapat-rapatla,”katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.