Bas Dibaling Batu, Jurulatih Penjaga Gol Pulau Pinang Cedera

Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep menerima kecederaan selepas bas yang membawa skuad negeri itu dibaling batu selepas meninggalkan Stadium Darul Aman, malam tadi.

 

Insiden tersebut berlaku sejurus bas skuad negeri itu meninggalkan stadium selepas perlawanan Liga Super menentang, Kedah dengan kedudukan seri 2-2.

 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam di Lebuhraya Darul Aman, apabila empat batu yang dilempar terkena cermin bahagian hadapan bas manakala lima lagi terkena badan bas, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar memetik laporan Bernama.

 

Rohana berkata, jurulatih itu cedera di lengan akibat terkena serpihan kaca selepas bas berkenaan dilempar dengan sembilan batu.

 

Menurutnya, polis masih menyiasat dan sedang mengenal pasti kumpulan individu yang melakukan perbuatan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.