Api Misteri Muncul Semula Selepas Membakar Anjung Rumah

IPOH –  Seorang ibu tunggal mendakwa satu kebakaran kecil di anjung rumahnya adalah berpunca daripada api misteri.

 

Menurut  Intan Mohamad, 52, terkejut selepas api itu membakar sebahagian kecil anjung rumahnya, tiba-tiba sahaja muncul di tepi kereta milik anaknya yang diletakkan di hadapan sebuah rumah jiran.

 

Intan berkata, kira-kira jam 1 tengahari, sebelum dia terdengar jeritan jiran memberitahu kereta anaknya hampir terbakar, api itu hampir memusnahkan kereta Proton Gen 2 milik seorang anaknya, memetik laporan Kosmo.

 

“Semasa kami berada di dalam rumah, terdengar jeritan jiran yang mengatakan ada api di sebelah kereta.

 

“Kami bergegas keluar sebelum anak saya mengalihkan keretanya ke tempat lain. Api berkenaan bagaimanapun padam sendiri secara perlahan-lahan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.