Video: Tidurkan Bayi Hanya 40 Saat Dengan Tisu!

BAGI ibu bapa, antara cabaran paling sukar adalah menidurkan bayi.

 

Mungkin segelintir ibu bapa sudah bosan apabila mencuba pelbagai cara untuk menidurkan bayi yang mengamuk sehingga keletihan.

 

Namun, tahukah anda sebenarnya anda boleh membuatnya tidur lena dalam masa yang singkat hanya menggunakan sekeping tisu!

 

 

Nathan Dailo, seorang lelaki dari Sdyney, Australia yang baru saja bergelar bapa mengajar anda bagaimana dia berjaya menidurkan bayinya yang berusia 3 bulan dalam masa hanya 40 saat.

 

Menerusi video yang dirakamnya dan kemudian dimuat naik di YouTube menunjukkan bagaimana secara perlahan-lahan dia mengusap muka bayinya, Seth dengan sehelai  tisu dan menidurkannya dalam masa yang begitu singkat.

 

“Saya percaya dan yakin bahawa rata-rata ibu bapa telah mencuba pelbagai cara untuk menidurkan bayi mereka.

 

“Lihat bagaimana isteri saya berjaya menidurkan bayi kami dalam masa kurang dari satu minit dengan hanya menggunakan sehelai tisu,”

 

“Sebagai ibu bapa, apakah kaedah yang paling aneh yang pernah anda cuba untuk menidurkan bayi?,” katanya dalam video tersebut.

 

Dalam masa dua minggu, video tersebut telah ditonton lebih 119,000 kali dan rata-rata ibu bapa menunjukkan keterujaan mereka dengan mengatakan bahawa ‘teknik tisu’ tersebut sangat berkesan untuk menidurkan bayi mereka.

 

Dalam pada itu, Dailo membalas komen di YouTube dan mengatakan bahawa ia sebenarnya tidak ada apa-apa yang istimewa dan segala jenis tisu boleh digunakan dengan hanya membelaikannya pada dahi bayi.

 

Walaubagaimanpun, Dailo bukan orang yang pertama yang menggunakan teknik tersebut untuk menidurkan bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.