Tuduhan Pelawak Kasanova Tak Gugat Reputasi Zizan

Bukan saja nama Tauke terpalit dengan kontroversi yang dikaitkan dengan dua orang wanita yang tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai gangguan seksual yang diterima daripada seorang pelawak yang menjijikkan, kini nama Zizan Razak pula menjadi sebutan.

 

Menerusi laporan BH Plus, Zizan mengakui terkejut dan memberitahu dia berasa tidak selesa apabila ada sesetengah pihak mengaitkan namanya dengan kontroversi negatif itu.

 

“Saya terkejut dan tidak selesa apabila orang mula bertanyakan saya kesahihan cerita ini. Lebih memeranjatkan apabila ada peminat yang ‘tagged’ nama saya di laman sosial Facebook dan Twitter. Saya tahu mereka hanya `tagged’ saja, tiada maksud menuduh saya”

 

“Tetapi ia bahaya buat kerjaya saya sebagai selebriti. Namun, saya tidak tercalar dengan isu ini kerana rezeki datangnya dari Allah SWT. Mungkin ini satu lagi ujian buat saya,” kata Zizan dalam pertemuan dengan BH Plus.

 

Menurut Zizan, dia mahu pelawak popular yang dimaksudkan menyelesaikan dakwaan itu secepat mungkin kerana selagi tidak diselesaikan, ramai pelawak lain bakal menerima tempiasnya dan berharap perkara tersebut mampu membersihkan nama pelawak-pelawak yang terpalit dengan isu tidak bermoral ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.