Tidur Dalam Parlimen, Ahli Parlimen Kena Troll Di Twitter

Gambar ahli parlimen DAP melelapkan mata semasa perbahasan ke atas pindaan Akta Hasutan di Parlimen yang tersebar di media sosial hari ini mencetus pertelingkahan di kalangan ahli politik terbabit.

 

Gambar berkenaan antara lainnya menunjukkan gambar MP Serdang, Ong Kiang Ming, yang disebarkan oleh ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

 

“Seorang MP DAP di Parlimen… Siapa mahu bantal?,” tulisnya di Twitter.

 

Beliau mengkritik MP pembangkang kerana tidur semasa persidangan berlangsung.

 

“Tengok bagaimana orang DAP cuba beri alasan bahawa MP mereka perlu tidur di Parlimen…

 

“Mereka sentiasa betul. Tidur semasa bertugas juga betul.

 

“30 peratus daripada MP Pakatan Rakyat tidak hari Parlimen hari itu. Bila mereka hadir, mereka tidur semasa bertugas.

 

“Bolehkah MP Pakatan lebih bertanggungjawab?,” soal Tan lagi.

 

Rata-rata mengkritik ahli parlimen terbabit kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

 

Ada pula yang membangkitkan semula kritikan pembangkang ke atas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

“Pada satu masa mereka kritik Pak Lah kerana tidur semasa persidangan. Tengoklah mereka sekarang,” kata Suffian Kassim.

 

Persidangan Dewan Rakyat berakhir awal pagi ini selepas perbahasan selama 12 jam ke atas pindaan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Hasutan.

 

Ia diluluskan pada jam 2.30 pagi. Persidangan bagaimanapun diteruskan sehingga jam 4.30 pagi.

 

Ini merupakan kali ketika perisangan parlimen berlarutan sehingga selepas tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.