Video: Jangan Guna Slogan Kita Lawan – Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana kerajaan negeri tetap berkeras untuk menggunakan slogan ‘Kita Lawan’ bagi kontinjen temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

 

Titahnya beliau tidak mahu semangat kesukanan kontinjen negeri itu dicemari dengan unsur “politik dan perkauman”.

 

 

“Ini adalah kerana slogan Kita Lawan telah diguna-pakai oleh sebuah parti politik.

 

“Justeru itu, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa Kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.

 

“Beta berpendapat adalah lebih baik Kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain yang lebih bersemangat,” titahnya pada malam ini.

 

Baginda bertitah dalam satu majlis penyampaian pingat sukan Selangor di Subang Jaya pada malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.