Pekerja Warga China Di Arab Saudi Peluk Islam Beramai-Ramai

RIYADH – Seramai 600 pekerja warga China memeluk Islam apabila mendapat hidayah selepas beberapa bulan bekerja membina kereta api yang membawa jemaah ke tempat suci di Makkah.

 

Akhbar Sabq melaporkan pekerja dan jurutera terbabit memeluk Islam selepas diperkenalkan kepada ajaran agama itu oleh ulama dari pejabat Taneem Dakwah.

 

Ulama terbabit merancang jadual setiap malam yang menawarkan kursus intensif mengenai Islam selama 12 jam.

 

Program itu turut dihadiri saudara baru warga China bagi menyokong usaha ulama terbabit.

 

Sebelum pelancaran program itu, sudah wujud perancangan untuk menpelawa ketua jurutera dan kumpulan memeluk Islam dengan mengadakan beberapa lawatan khas dan perjumpaan untuk tempoh beberapa bulan.

 

Risalah menjelaskan Islam dalam bahasa Cina turut diedarkan.

 

Januari lalu, 500 warga China memeluk Islam selepas terharu melihat kesederhanaan majlis pengebumian Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz.

 

Kumpulan pekerja China itu terbabit dalam pembinaan projek perkhidmatan kereta api Haramain yang akan menghubungkan kawasan tanah suci di Makkah. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.