Najib Tidak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya – Pak Lah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

 

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, hasil siasatan rapi dan terperinci Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa beliau menjadi perdana menteri, mengesahkan Najib tidak terlibat langsung dalam kes itu.

 

“Antara perkara yang dilaporkan kepada saya semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

 

“Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut.”

 

Kenyataan dua perenggan itu dikeluarkan pejabat Abdullah di Putrajaya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.