Kanak-Kanak Makan Dua Kilogram Rambut

HENAN (CHINA) – Tabiat seorang kanak-kanak mengunyah rambutnya sendiri mengudang padah selepas tabiatnya itu menyebakan berat badanya menyusut dan hilang selera makan.

 

Pakar perubatan China berjaya mengeluarkan segumpul besar rambut seberat dua kilogram dalam perut Niuniu Liang, 8 tahun.

“Penyebab utama mengapa kanak-kanak tersebut hilang selera makan adalah kerana sistem penghadamannya telah tersekat oleh rambut.

 

Bapanya, Cai Liang, 36, berkata dia dan isteri sentiasa mengingatkan anak mereka itu supaya tidak mengunyah rambutnya dan tidak menyangka tabiatnya itu akan menyebabkan kejadian buruk seperti ini.

 

“Saya terkejut apabila doktor menarik keluar gumpalan tersebut dan tidak hairanlah Niuniu tidak ada selera makan”, katanya dipetik DailyNews

 

Niuniu dibesarkan oleh datuk dan neneknya di sebuah kampung berhampiran Zhoukuo, Wilayah Henan, China manakala kedua ibu-bapanya bekerja di luar kawasan.

 

Bapanya mula menyedari tahap kesihatan anaknya menurun ketika dia pulang ke kampung melawat anaknya itu semasa perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

 

“Saya mahu memastikan dia mendapatkan makanan yang berkhasiat tetapi kemudiannya menyedari dia akan sakit setiap kali selepas makan”, katanya.

 

Tambah bapanya, kerana bimbang dengan tahap kesihatan anaknya itu, dia membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan semasa pemeriksaan, doktor mendapati terdapat “sesuatu” didalam perutnya dan selepas menjalani pembedahan segumpal besar rambut berjaya dikeluarkan.

 

Sementara itu, doktor yang merawat kanak-kanak tersebut percaya bahawa kemungkinan dia mula mengunyah rambutnya kerana menangung rindu terhadap kedua bapanya yang berada jauh dengannya.

 

Niuniu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.