Facebook Lancar Website Khas Untuk Messenger

Kuala Lumpur – Baru-baru ini, Facebook telah memperkenalkan ‘Messenger For Business’ dimana fungsi ini dilihat memberi kelebihan kepada usahawan atas talian bagi berinteraksi dengan pelanggannya di Messenger.

 

Tahun ini, Facebook dilihat lebih memfokuskan pada Aplikasi Messenger untuk menjadikan ia sebuah platform yang lebih menyeluruh dan bukannya fokus pada perbualan text sahaja.

 

Dalam usaha kearah tersebut, Facebook telah melancarkan laman khas untuk Messenger yang boleh di akses di messenger.com.

 

Dengan adanya laman ini pengguna tidak perlu lagi membuka laman Facebook untuk berkomunikasi dengan rakan.

 

Pada masa yang sama, Facebook telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang terdapat pada aplikasi mesej tersebut  antaranya seperti mengetahui status mesej yang dihantar, membuat panggilan secara percuma, menghantar gambar dengan pantas, lebih banyak sokongan sticker, menghantar rakaman suara, kiriman wang kepada rakan serta sokongan berkomunikasi secara kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.