Dalang Tembak MH17 ‘Dilenyapkan’

BELANDA – Dalang di sebalik kejadian menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine Julai tahun lalu tidak akan dibawa ke muka pengadilan berikutan dipercayai sudah mati.

 

Stesen radio Belanda NOS dipetik berkata, wartawan penyiasatannya, Robert Bas mendapat maklumat disalurkan agensi risikan mendakwa dalang di sebalik kejadian itu ‘dilenyapkan’ ejen Russia.

 

Russia sebelum ini mendakwa pesawat itu ditembak jatuh tentera Ukraine manakala Amerika Syarikat, Jerman dan Australia pula mendakwa pesawat itu ditembak kumpulan pemberontak pro-Russia.

 

Katanya, hasil maklumat risikan, Russia mengarahkan kes itu dikawal rapi dan memadamkan apa juga bukti mengaitkan mereka dengan nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

 

“Kerajaan Russia tidak teragak-agak membunuh individu yang mendalangi kejadian itu bagi menutup bukti mengaitkan negara berkenaan,” dakwa Robert.

 

Robert berkata, sekiranya individu terbabit tidak dibunuh, kemungkinan mereka menyamar menggunakan identiti orang lain di lokasi yang tidak mampu dikesan sesiapa. – HMetro

One thought on “Dalang Tembak MH17 ‘Dilenyapkan’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.