23 saksi lagi akan dirakam percakapan terkait skandal rasuah PM-9

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merekodkan keterangan 23 lagi saksi baharu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM sedang berusaha menyelesaikan semua percakapan daripada sejumlah individu untuk tindakan seterusnya.

Katanya, dalam kes itu sahaja lebih 30 saksi diperlukan untuk dirakamkan percakapan.

“Setakat ini 23 lagi saksi diperlukan untuk dirakam percakapan. Mereka ini adalah saksi-saksi baharu dalam siasatan berkenaan,” lapor BH yang dimaklumkan sumber tanpa mendedahkan siapa antara saksi baharu yang akan dipanggil.

Selain itu, akhbar berkenaan itu juga difahamkan sekitar empat hingga lima saksi sedang dirakamkan percakapan ketika ini, namun belum mendapat maklumat bila dan di mana proses itu dilakukan pegawai penyiasat SPRM.

“Saksi-saksi berkenaan diambil keterangan selepas empat individu ditahan baru-baru ini,” katanya.

Jumaat lalu, pegawai penyiasat menemubual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya yang merawat Ismail Sabri dan SPRM mahu mengetahui sejauh mana tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM esok, tetapi beliau tidak akan berbuat kemudian kerana dikatakan masih tidak cergas untuk berbuat demikian

Juga dimaklumkan, pemimpin itu tidak akan hadir esok kerana masih diberikan sijil cuti sakit (MC) sehingga Rabu ini.

Sebelum ini melaporkan Ismail Sabri sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatam lanjut.

Ia kemudiannya membawa kepada serbuan di tiga premis dengan penemuan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai ‘safehouse’.

Azam dalam sidang media Isnin lalu turut mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat