DAP Rasa Terancam Dengan Kerjasama UMNO, PAS – Yahya Ali

KUALA TERENGGANU, ― Kerjasama PAS dan Umno akan menggerunkan Pakatan Harapan khususnya DAP yang didakwa “bernafsu besar” menguasai politik Malaysia, kata Yahya Ali.

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu berkata kerjasama dua parti itu boleh merampas banyak kerusi dalam pilihan raya khususnya di kawasan Melayu, lapor Sinar Harian.

Menurutnya lagi, berlaku pepecahan undi di sesetengah kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum lalu sehingga calon bukan Melayu dan Islam dari PH menang.

“Jadi kita boleh fahamlah mengapa sesetengah pihak terutama DAP yang mempunyai nafsu besar untuk menguasai politik Malaysia ini terasa terancam,” katanya.

“Sehingga Setiausaha Agung Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sangat ekstrem dan menganggap ia satu serangan kepada orang bukan Melayu,” katanya.

Yahya berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin, yang sepatutnya berjiwa besar berdepan apa jua situasi.

Bagaimanapun Lim dilapor membetulkan kenyataanya dan menukar perkataan ‘isytihar perang’ kepada ‘menyasarkan’ dalam kenyataannya.

Yahya berkata PAS berjuang atas tuntutan Islam sambil tidak mengabai malah mempertahankan hak orang bukan Melayu dan Islam, jika menguasai pusat. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.