Kajian Rafizi Dakwa PAS Akan Kalah Di Kelantan Tak Berasas, Kata Pemimpin PAS

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah membuat ramalan lagi. Kali ini katanya PAS dijangka kalah di Kelantan, iaitu negeri yang ditadbir sejak 1990.

Menurut Rafizi, PAS akan gagal walau satu kerusi Parlimen sementara Pakatan Harapan bakal menang di lima negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor.

Beliau membuat andaian itu kononnya berdasarkan kepada kaji selidik Invoke Malaysia dengan melibatkan 2,000  responden dan dijalankan Februari lalu.

Mengulas mengenainya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  menolak kajian oleh Invoke Malaysia bahawa parti itu akan tewas di Kelantan, dengan alasan “tiada akar umbi” dan “hanya sekadar atas meja”.

“Dalam PAS sudah tentu kita ada kajian sendiri dan kajian kita bertapak pada akar umbi,” kata presiden PAS di Pantai Seri Tujoh di sini hari ini.

“Berbanding hasil kaji selidik Invoke Malaysia yang tiada akar umbi,” kata Abdul Hadi.

Manakala  Datuk Takiyuddin Hassan pula menyarankan agar Rafizi membuat kajian sama ada PKR mampu mempertahankan Selangor atau sebaliknya.

Sebelum ini terbukti beberapa kajian yang dilakukan oleh Rafizi adalah meleset dan dipertikaikan kredibilitinya oleh pelbagai pihak. Bukan itu sahaja tidak ada ahli akademik yang terlibat dalam hasil kajian berkenaan.

 

 

 

 

One thought on “Kajian Rafizi Dakwa PAS Akan Kalah Di Kelantan Tak Berasas, Kata Pemimpin PAS

  • March 11, 2018 at 4:38 pm
    Permalink

    Kajian Rafizi Kajian katak bawah tempurung .dia dengan angan angan dia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!