Wanita Warga Kemboja Menyamar Islam Mengemis Di Pasar Malam

KULIM – Wanita warga Kemboja yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat kaki sanggup menyamar sebagai orang Islam dengan memakai tudung untuk meraih simpati orang ramai ketika mengemis di pasar malam di Kelang Lama, di sini, semalam.

Bagaimanapun wanita berusia lewat 30an itu ketika ditahan dalam Operasi Kutu Rayau dan Pengemis jam 6 petang itu mendapati dia sebenarnya beragama Buddha.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, wanita terbabit ditahan di kawasan tapak pasar malam di Kelang Lama ketika operasi yang dijalankan kakitangannya yang turut disertai agensi kerajaan lain.

Menurutnya, ketika ditahan wanita itu memakai tudung seperti orang Islam dengan menagih simpati daripada orang ramai yang berkunjung di pasar malam terbabit.

“Wanita terbabit hanya duduk di atas kerusi dan memegang sebuah bekas plastik yang digunakan untuk orang ramai memberi sedekah wang tunai.

“Ketika pemeriksaan ke atasnya kami menemui RM800 yang disimpan di dalam poket seluar dan dia juga tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan empat lelaki tempatan kerana mengutip derma tanpa kebenaran dan menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim.

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim dan Pejabat Agama Daerah Kulim sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang lelakiwargaasing yang di percayai melakukan kegiatan mengutip wang derma orang ramai ketika Operasi Pengemis dan Kutu Rayau di pasar malam Kelang Lama, kelmarin. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.