Remaja Lelaki Ditahan Lepas Muat Naik Gambar Bunuh Kanak-Kanak

HERNE – Suspek pembunuhan kanak-kanak 9 tahun di bandar Herne, Jerman, Isnin lalu berjaya ditahan semalam.

DPA melaporkan, Polis berkata, suspek merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan selepas memuat naik gambar badan mangsa di internet.

Polis sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dari sebuah restoran makanan segera berhampiran apartment yang mana selepas itu polis menemukan satu lagi mayat lelaki.

Bagaimanapun maklumat sebelum itu yang mengatakan dua mayat ditemukan di apartment berkenaan adalah tidak benar.

Pembunuhan berkenaan telah mengejutkan seluruh bandar perindustrian itu.
Suspek dikenali sebagai Marcel Hesse telah diburu sejak hari kejadian.

Tindakan suspek menyiarkan gambar dan video kanak-kanak yang dibunuh itu ke dalam talian bertujuan untuk menunjuk-nunjuk memberi peluang kepada pihak berkuasa menahan suspek.

Suspek diburu menggunakan helikopter dan anjing pengesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.