Debat Mahathir dan Nazri Buang Masa, Kata Pemimpin PPBM

PETALING JAYA – Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berpendapat debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz hanya membuang masa kerana menteri Umno tersebut bukan saingan pengerusinya.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor mahu melihat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) didebatkan antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Razak.

“Dr Mahathir tidak perlu buang masa dengan Nazri. Nazri tak sama ‘level’ dari segi kematangan dan pengalaman. Ia seperti pensyarah universiti berdebat dengan cikgu sekolah,” katanya kepada FMT.

“Kalau nak debat dengan perdana menteri tidak apa,” tambahnya.

Semalam, Dr Mahathir menolak cabaran bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas, Perak dan mengajak Nazri berdebat mengenai 3 perkara tersebut.

Menteri pelancongan dan kebudayaan, yang kini dalam lawatan kerja ke Berlin, Jerman, menyahut cabaran itu dan meminta Dr Mahathir melakukan persediaan sepatutnya.

Nazri dijangka pulang ke tanahair 13 Mac ini. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.