Video: Amaran Kepada Siti Kassim – Rani Kulup

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah memberi amaran kepada peguam kontroversi, Siti Kassim agar tidak mengkritik Penceramah terkenal, Zakir Naik.

Ketika ditemui di hadapan kedutaan Korea Utara tadi, beliau menggesa agar Siti Kassim tidak menyaman Penceramah tersebut kerana ia merupakan tindakan yang sia-sia.

“Kepada individu bernama Siti Kassim yang membuat saman ke atas Zakir Naik, tak payah la buat benda macam ini.

” Ayah juga rasa sedih benda macam ini.  Zakir Naik ini adalah penceramah yang diakui oleh dunia, Siti Kassim tak nak akui dia ini pasal apa pula? ” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Siti Kassim yang enggan melakukan pertemuan dengan Siti Kassim dan dakwaanya bahawa beliau dibuli oleh Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya.

“Dia ajak berdebat pergi la berdebat.  Dia seperti nak mencari nama sahaja.  Ayah malas nak campur la hal macam ini tapi ayah nak beri amaran la kepada orang yang kritik Zakir Naik,” ujarnya.

Terdahulu, Fathul telah merancang untuk mengadakan pertemua diantara Zakir Naik dengan Siti Kassim namun ditolak oleh Siti Kassim.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.