Tidak Ada Penyelewengan Bantuan Banjir – Shahidan Kassim

Kuala Lumpur – Kerajaan menafikan berlaku sebarang penyelewengan dalam agihan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana itu pada Disember lepas.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata yang diperuntuk untuk diagihkan di bawah penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diserahkan kepada penerima berdasar kepada senarai yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

“Duit tidak hilang dan bantuan telah disalurkan kepada mangsa banjir seperti yang sepatutnya, tetapi hakikatnya kita kena ubah pemikiran…,” katanya soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) yang cuba memancing kerajaan dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam agihan bantuan banjir.

 

Mengulas lanjut Shahidan berkata dalam menangani bencana itu, semua pihak wajar mengubah pemikiran terhadap aspek penjagaan hutan dan pemantauan projek-projek penanaman di kawasan bukit bagi memastikan kawasan tadahan air tidak terjejas.

 

Beliau turut menyarankan kerajaan-kerajaan negeri melaksanakan langkah proaktif bagi menjaga kawasan hutan dan memantau projek penanaman di negeri masing-masing bagi mengelakkan krisis banjir lebih teruk daripada berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.