Speaker Akan Pertimbang Benarkan Anwar Sertai Sidang Dewan Rakyat

Kuala Lumpur – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai sesi pertama sidang Dewan Rakyat bagi tahun ini yang baru bermula semalam, dakwa Ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Pandikar pada jam 2 petang tadi di Parlimen.

 

Menurut beliau, Anwar perlu bersama-sama bersidang di dalam Dewan Rakyat memandangkan Ketua Umum PKR itu masih lagi ahli seorang wakil rakyat selaku Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, selain Ketua Pembangkang yang sah.

 

“Jadi saya berharap Tan Sri Speaker dapat meneliti semula keputusan yang telah dibuat selaras dengan prinsip demokrasi dan amalan yang kita lakukan untuk mengangkat Parlimen Malaysia sebagai parlimen kelas pertama.

 

“Beliau (Pandikar kata) perlu meneliti perkara tersebut dan akan membuat pendirian pada masa yang sesuai. Tiada (tempoh masa),” katanya di dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 

Azmin berkata, ketika berjumpa Pandikar, beliau turut melahirkan kekecewaannya kerana sehingga hari ini Anwar masih tidak dibenarkan hadir ke Parlimen sebagai wakil rakyat.

 

“Dan saya juga melahirkan rasa kekecewaan kerana sehingga hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan untuk hadir ke parlimen sedangkan ada peruntukan yang membenarkan.

 

“Sebagai contoh, ada kes perbicaraan dan kes-kes yang lain seperti sebelum ini kes saman terhadap Datuk Seri Anifah Aman beliau dibenarkan untuk keluar dari penjara dan dibawa ke mahkamah.

 

“Mengapa Dewan Rakyat menjadi halangan untuk beliau dibawa sebagai ketua pembangkang?” soal beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.