Sekolah Di Johor Paksa Pelajar Perempuan Bertudung, Pakai Seluar Pendek?

Kuala Lumpur – Seorang pelajar perempuan sekolah di laporkan menangis apabila dipaksa memakai seluar ketat pendek ketika menyertai acara sukan jalan kaki di sebuah sekolah di Johor.

 

Menurut gambar yang disebarkan oleh Faezah Wahab, pelajar perempuan bertudung hitam itu dikatakan dipaksa memakai seluar ketat pendek itu ketika menyertai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kulai baru-baru ini.

pelajar seluar pendek 2

 

“Penganjur yang melampau, menghina Islam. Murid ini menangis dipaksa pakai macam tu.

 

“Syarat diorang acara jalan kaki. Kena pakai ‘Tight’ atas lutut. Budak menangis-nangis kena pakai gitu. Kalau saya jadi pengurus pasukan, saya tarik diri,” katanya dalam mesej aplikasi Whatsapp yang tersebar itu.

 

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan sekolah tersebut kerana menyebabkan pelajar terbabit mendedahkan aurat di khalayak.

 

Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penghinaan kepada Islam sambil mengesa agar pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.

 

Sementara itu menurut ‘print screen’ yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi, perkara tersebut bukan isu sebenar kerana seluar pelajar terbabit telah digunting oleh rakannya.

 

“Hasil siasatan mendapati kawan Siti Aishah yang mengunting seluarnya kerana khuatir akan fault (batal) jika bertanding berjalan kaki kerana dalam pertandinagn perjalan kaki, hakim perlu nampak kaki.

 

“Pelajar sendiri yang kuat nak bertanding dan benarkan kawannya berbuat demikian. Tidak timbul isu lain kerana tiada paksaan dalam pertandingan sukan, terima kasih.

 

“Harap semua PGB (Pengetua dan Guru Besar) maklum dan jangan panjangkan cerita lain” ujar kenyataan tersebut dalam satu group Whatsapp PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) Kulai.

 

pelajar seluar pendek 3

 

 

 

2 thoughts on “Sekolah Di Johor Paksa Pelajar Perempuan Bertudung, Pakai Seluar Pendek?

  • March 15, 2015 at 3:57 pm
    Permalink

    tipu..ibu pelajar ni bos sy..bdak ni smpai trauma nk pergi sekolah..sbb dipaksa tulis surat dgn rela hati pakai seluar pendek..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.