Saya Akan Lebih Tegas Tahun Ini – Speaker Dewan Rakyat

Kuala Lumpur – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi peringatan kepada ahli-ahli Parlimen supaya berhujah dengan berhemah ketike berbahas di dalam Persidangan Dewan Rakyat.

 

Katanya, beliau dan timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat akan bertindak dengan lebih tegas bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar.

 

“Pada tahun ini saya ingin beri saranan kepada ahli Yang Berhormat yang lain, resolusi saya untuk tahun 2015, saya akan bekerja dengan cemerlang dan cekap lagi jadi antaranya ialah pengurusan perbahasan dalam Dewan Rakyat.

 

“Mulakan usul dengan berhemah, jangan berhujah yang menjemput reaksi negatif daripada teman-teman lain yang pastinya akan menimbulkan kekecohan, menghabiskan masa dan menyebabkan ahli Parlimen lain tidak dapat berhujah.

 

“Saya sudah beritahu kepada timbalan-timbalan saya, pada tahun 2015 mesti kita tegas daripada tahun sudah,” katanya sebelum memulakan sesi membahas usul titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.